Ketika memandu ke kluster penyelidikan dengan hati yang berdebar-debar untuk access laman web UM utk mengetahui result semester lepas, tiba-tiba hatiku diterjah oleh sesuatu.. Tiada satu pun nikmat yang kuingini dapat dipenuhi oleh manusia..
Aku inginkan kebahagiaan hidup berumahtangga,suami yang menjadi penguat dan penenang jiwa tiba-tiba hatiku berkata sebenarnya aku perlu menjadi penenang suamiku tanpa mengharap dia akan membahagiakan aku kerana sumber kebahagiaanku adalah dariNYA. Aku ingin menjadi orang yang berilmu tetapi sebenarnya segala ilmu itu adalah dariNYA tanpa aku perlu membayar untuk mendapatkannya. Aku inginkan kekayaan dan kesenangan tetapi sebenarnya segala kesenangan itu adalah milik Allah dan DIA Maha Pemurah. Aku tidak perlu takut kepada kelaparan kerana hanya DIA yang mengenyangkan perutku. Jadi segala yang aku inginkan sebenarnya aku hanya perlu mengharap padaNYA dan tiada satu pun nikmat yang kuingini dapat dipenuhi oleh manusia..
Ya ALLAH berikanlah kekuatkan kepadaku dalam mencari ilmu dan menyampaikannya walau hanya sebaris ayatMU. Kuatkanlah aku dengan bersyukur padaMU, Mengharap padaMU. Berikanlah kesempatan untuk ku menebus segala kesilapan dan Ampunilah dosa-dosaku yang mengunung.
