Wanita perlu mencari dan terus mencari utk Redha Allah

Semoga mereka yang mencari redha tetap terus di landasan yang benar

Sunday, May 12, 2013

Kemahuan Dalaman @ inner will @ will fire @ apa2 sahaja yang kita ingin labelkan

Permulaan hari berkerja isnin ana pada hari ini agak kusam. mungkinkah ini sidrome yang selalu orang perkatakan? Monday Sickness ya ker? apa yang hendak ana ceritakan bukanlah berkenaan penyakit ini tetapi tentang semangat@ kemahuan dalaman yang ada dalam diri dalam mengubah persepsi atau perasaan yang kurang enak. Touch in 8.15 AM.  Masuk office ana duduk diam seketika. Pergi surau ambil wudhu walaupun masih diberi cuti solat oleh Allah. Melihat cermin untuk mencari diri. Masih lagi kusam. Sudah habis cara, ana ambik kesempatan drive dalam kampus sambil berfikir sebab hari ini mood ana pada level yang paling bawah. kenapa? tentulah banyak faktor yang menyebabkan ana jadi begini. Tiba-tiba switch otak terpetik dengan kata-kata Prof Yusoff, perkataan yang sangat simple. Inner will. Terngiang2 di minda separuh sedar ana. Apapun perkara yang hendak kita lakukan kena letakkan matlamat dan kena ada inner will. Itu nasihat supervisor ana, Prof Yusoff. Perasaan yang inginkan sesuatu membuak semula dalam diri ana. Apakah ia? matlamat ana ingin menjadi Professor yang akhlaknya berlandaskan Al-Quran. Mampu atau tidak hanya Allah yang tahu tetapi ana sentiasa berdoa agar ana memperolehinya dan menjadi orang yang bermanfaat.
 
Baiklah,ana ceritakan sedikit apakah relatednya kemahuan dalaman ini dengan kehidupan seorang manusia yang kadang kala kita tidak sedar bahawa kita sedang memupuk sifat ini. Contoh paling mudah, jika seorang ayah yang berkerja memotong pokok getah, kebun kepunyaan orang lain untuk menampung perbelanjaan keluarga dengan pendapatan sekadarnya itu digunakan sepenuhnya untuk keluarganya. Bagi tahun peperiksaan 2@3 orang anak, yuran perlu dibayar. Oleh kerana keinginan ini (sebenarnya inner will) bapa tadi sanggup mencari duit lebih dengan mengambil upah menebas sebelah petang walaupun kudrat selepas memotong getah pada waktu pagi tadi telah banyak dihabiskan. kenapa ayah tadi mampu lakukan kerja menebas tadi? sebenarnya, kekuatan fizikal itu datang dari kekuatan kemahuan dalaman@hati.  Ataupun contoh lain, seorang yang telah disahkan doktor mempunyai jangka hayat yang pendek. Tetapi dengan izin Allah, kerana kemahuan dalamannya yang kuat dia mampu untuk hidup dari jangkaan perubatan malah lebih lama berbanding orang yang mempunyai penyakit yang sama yang hanya mudah menyerah.
 
Bagaimana hendak memupuknya? itulah rahsia yang sedang ana cari. In shaa Allah, entry hadapan ana mungkin boleh kongsikan.