Wanita perlu mencari dan terus mencari utk Redha Allah

Semoga mereka yang mencari redha tetap terus di landasan yang benar

Thursday, September 29, 2011

Pendamping Al-Quran

Sudah kebiasaan ana membawa tafsir Al-Quran bersaiz poket kemana saja ana pergi. Setiap kali rindu ingin menatapnya, ana tidak perlu menunggu masa yang sesuai kerana setiap masa ana ada kesempatan untuk melihatnya..

Dilahirkan dalam Islam adalah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan pada ana. Sekalipun tiada latar belakang sekolah agama, ana tidak sesekali menjadi sekular kehidupannya. Bagi ana, Islam itu cara hidup pilihan ana. hidup dalam mencari kasihNYA adalah teman dan redhaNYA adalah pengharapan yang tidak pernah padam.




Ya Allah, hidupkanlah aku dalam redhaMU dan matikanlah aku dalam redhaMU.

Tuesday, September 27, 2011

Nothing Ventured Nothing Gained

Sudah 3 bulan ana mula cuti belajar tapi 3 bulan ini ana rasa  tangan ana masih kosong dan tiada satupun yang ana lakukan dikira terbaik. Entah kenapa ana rasa ana terlalu main-main sehinggakan lupa arah dan tujuan. Walaupun kebanyakan langkah ana terbatas disebabkan keadaan tetapi ana rasa sebenarnya diri ana yang tidak kuat dan tegas menangani sebarang masalah atau kengkangan.

Permulaan cuti belajar ana perlu meluangkan lebih masa dengan muhammad faris bilamana pengasuhnya mengalami morning sickness, gejala biasa bagi ibu yang hamil. Disebabkan aktifnya faris ana tidak sampai hati hantar ke nursery kerana bimbang pengawasan yang kurang apatah lagi faris sangat aktif dan semangat inquiry yang tinggi dalam dirinya merupakan faktor penghalang. Akhirnya ana dengan hati terbuka hanya pergi kluster jika pengasuhnya mampu menjaganya. Pengasuhnya berkeras untuk menjaganya, akhirnya 3 bulan ini berlalu begitu tanpa hasil yang produktif untuk research ana dan kengkangan husband yang berkerja di kampung dan menjadi mandor tidak rasmi melihat perkembangan rumah kami yang sedang dibina.

3 bulan yang membebankan hati yang ingin memberi sepenuh perhatian pada research ana. Perjalanan yang amat sukar bagi ana dan pada minggu ini ana nekad meninggalkan faris bawah jagaan neneknya di kampung. Ana berkerja siang dan malam kerana ana pahat kukuh dalam diri bahawa ana akan siapkan research ana dalam masa 3 bulan ini. Mampukah ana??

Ya Allah, ana telah lalui jalan2 ini hanya keranaMU dan untukMu. ana tidak meletakkan pengharapan dan penghargaan manusia kecuali hanyalah REDHAMU yang menjadi dambaan. Bantuilah hambaMU yang serba kekurangan ini. ameen.